Tuesday, April 7, 2009

Tanda kematian

TANDA 100 HARI SEBELUM SAAT KEMATIAN....WALLAHUALAM

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWTkepada hambanya dan hanya akan disedarioleh mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada merekasedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepaswaktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujungrambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudahwaktu Asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak dan saling berpesan2lah sesama kita..

Saturday, April 4, 2009

Petua???

Ntah betul entah tidak ni....tapi layannnnnn...tak jadi jangan marah haaaa

Anak Fasih Bercakap
Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap,petah dan fasih.Petuanya amat mudah, Ibubapa hendaklah selalu mengucup atau cium bibir anak2nya sewaktu kecil.dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa , ia akan menjadi taat kepada ibu bapa.. Insayallah


Dapat Anak Cerdik
Asalamualaikum,Petua yang amat mudah dan insyallah berkesan cuba amalkan makan buah delima sebelum bersalin. Insayallah


Inginkan Anak Putih?
Ibu-ibu sememangnya inginkan anaknya putih jika ditakdirkan.Disini saya ingin menasihati kepada ibu mengandung,elakkan mengambil makanan yang berkicap.Nenek moyang saya kata,kalau masa hamil tu,jangan makan makanan berkicap.Insyaallah putihlah anak tu kelak.Cubalah ya. Insayallah


Anak Demam Panas?
Asam jawa yang ada di dapur tu, cuba bancuhkan dengan sedikit air. Lebih pekat lebih baik. Kemudian sapukan di semua bahagian kepala dan pelipat-pelipat anggota badan. Kalau dapat diminum airnya dengan ditambah sedikit gula lebih baik. (Anak saya tak sempat tambah air dia dah jilat dulu). Insayallah


Tapi… Jika tidak mahu mengguna asam jawa, anda boleh gunakan ledir dari daun lidah buaya. Gunakanlah cara yang sama seperti air asam jawa tadi. Insayallah


Membentuk Bulu Kening Anak
Tangkai sirih dipotong dari daunnya. Putuskan yang bawah iaitu yang menemukannya pada daun itu, kemudian tangkai tadi dilukis pada bulu kening anak damit. Amalkan kepada anak damit kita yang masih berumur sebulan hingga ia menjangkau usia ke setahun. Selain membentuk bulu kening ia juga akan melebatkan bulu kening anak itu nant

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM......

Tahukah kita keistimewaan di sebalik kalimah suci ini????????Hayatilah

Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali
sebelum tidur maka:

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci
pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai
pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll.
Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan
sebarang aktiviti.

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya
terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu
ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan: "Wahai
isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik."

Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang
suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut.
Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada
isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.

Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan
emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air
laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.

Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya
kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah
itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang
emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk
mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya
iaitu:

Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan
mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun
yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak
digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita
menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak
nyaman. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab
ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan
oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita
(pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari
olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan
fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini
benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri
untuk membacanya.

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita
peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti
kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat
membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam
melakukan aktiviti kita sehari-hari.
April Fool seolah olah telah menjadi satu budaya masyarakat di Malaysia.Tahukah kita peristiwa disebali April Fool.Seronok2 kita membodohkan orang,ambillah iktibar disebalik wujudnya April Fool

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Wallahua'lam

Thursday, April 2, 2009

Buaian

orang kata bb bahaya tido dlm buaian...betoi ker ek???tp 3rd bb saya ni letak dlm buaian gak...susah gak bila dah ajar letak dlm buaian ni..nak berenjut je kijenya....tak jadi kije lain dah...
seb baik ada si bibik ni,jd tugas dia la jawabnya....tp plannyer nanti nak beli yg elektrik punyer...tkt2 nanti si bibik ni x blh wak kije lain time saya dah msk kije....mana nak layan si meen (2thn) n nia (5thn) lg....dahla girls 2 orang ni manja giler....makan bersuap,mandi berjirus even nak pakai baju pun si bibik ni kena buat......makin kurusla bibik aku nanti.....tu ah ingat nak beli yg elektrik punyer sblm kije nanti....biar dia x terkejar kejar... ngan kerja dlm umah lg.....sian dia....tp saper2 blh advice pasal buaian ni?bahaya ker tak ek??confuse gak nak beli ni....dah la rege pun mahal....

Wednesday, April 1, 2009

first time blogging

Salam...

ni first time berjinak2 ngan blog...sblm ni just observe blog org lain jer...nak gak try buat blog sendiri...so easy...huhuhu
actually masuk ari ni baru jer 28 ari delivered 3.7kg baby boy (3rd baby)...boring nyer pasal ngah cuti 2 bln ni...try ler usha2 blog org lain...org teganu kater "ralik' baca catatan org ni...so nak gak buat catatan sendiri..
Alhamdulillah baby Muhammad Muaz tak banyak ragamnya...so ma dia ni byk masa la berpoya-poya gitu time Muaz tido......siap ada masa berblogging lagi.....
first time ni takder menda sgt nak citer...kena study dulu apa lg yg boleh dibuat ngan blog ni...
daaaaaa....

Tuesday, March 31, 2009

Hobi

Semua orang ada hobi masing2 yang tersendiri kan???masa sekolah2 dulu ada kawan2 yang hobinya kumpul setem,bela ikan 'sekila',kumpul patung dan ntah hapa2 lagi ntah....
tu yang jadi kemusykilan dalam diri saya ni...sampai dah tua bangka ni pun takde lagi sesuatu yang boleh saya jadikan hobi...sampai dah anak tiga ni pun x pernah ada hobi...patutla saya ni simple orangnya kot...last2 hobinya bela anak2 la kot....dah anak2 ramai ni mana ada masa lagi nak berhobi-hobi ni...dok dang org teganu kata......
bila anak2 dah besar sket nantila kot try cari apa2 yang boleh dijadikan hobi...hobi orang tua ni lain la pulakkan nak bandingkan ngan hobi zaman sekolah2 dulu...contoh hobi2 orang tua ni e.g kumpul brg2 antik,kumpul brg2 vantage ataupun tanam pokok2....saya????nantila pikir bila anak2 dah besar panjang baru ada masa......kalau umurpun panjanglaaa.....