Saturday, January 2, 2010

BYE 2009....WELCOME 2010.....

2009

Entah apa azam aku awal 2009 dulu yg x tercapai lagi.....dah lupa la plak....bz ngat ngan kehidupan harian....

1st thing yg aku ingat,doa aku nak baby boy utk third tu tercapai...Alhamdulillah....hadiah untuk hubby yg begitu harapkan kaum sejenisnya dlm umah...huhuhu....lahirlah Muhammad Muaz tanggal 5 Mac 2009.

2009 aku tinggalkan dgn seribu satu pengalaman n pengajaran.2009 juga adalah tahun aku active dlm biz.kecil2an....macam2 biz aku buat..hihiihih.....sesaje...happy dgn semua tu walau x mendatangkan untung yg kaw2.

Insyaallah aku akan maintain biz yg aku buat...at least ada side income...x ler totally harapkan gaji bulanan jer....


2010

Datang dgn seribu perancangan dan harapan.Insyaallah akan aku cuba realisasikan semua impian aku yg belum terlaksana sebelum ni...

Ingatnya tahun ni aku nak involve dlm biz yg lbih kaw2 tp modal pun kena kaw2 gak la...huhuhu..x per..akan diusahakan...kalau untung lebih....berenti keja je la....

Impian lain x der la kot...Semua dah ada n dah ok kot bg aku......

Insyaallah tahun ni kena kuatkan usaha dlm biz......ni je la chance aku utk jd housewife.....x nak la housewife x income sendiri...mati kutu aku...

Semoga usaha aku akan dimakbulkan Allah...Insyaallah....Amin....

Friday, November 27, 2009

COMEBACK!!!!!!

Malam ni aku try buat comeback setelah berkurun lama menyepikan diri dari dunia blogging...

Sibuk benor aku rupanya x sempat nak updatez...tp FB boleh plak...hihihi

Tengok menjadi ke tak comeback aku ni...kalau x menjadi gak maknanya aku akan menyepi lagi..huhuu

Aku rasa banyak sgt t/jawab seorang wanita...seorang pekerja,ofismate,wife,ibu n segala-galanya yg aku rasa mesti orang laki x leh wat kan??wanita ni lembut tapi aku rasa semangatnya lebih drpd lelaki....

Ingat saat2 bersalin 3 orang permata hati aku ni,aku fikir kaum adam mesti x mampu kan??tengok en abang aku dah la...pucat putih muka time2 kritikal tu...tp kita lepas azab tu,rileks jer..siap buleh senyum lg...

Besar pahala menjadi seorang wanita ni kan??tapi ada jugak yang salahgunakan kepoweran yg Allah dah bagi kat kita ni...nauzubillah....

Lepas ni sama2 la kita berusaha menjadi yang terbaik untuk keluarga n kompeni..Insyaallah..

Saturday, July 4, 2009

main-main di petang hari


ni la xtvt anak2 di petang hari time ma n abahnya g kerja....bosan berkurung dalam umah sepanjang hari,dibawaknya main kat luar2 pulak....


meen bersama cik na (adik) yg bertandang ke rumah

meen,cik na,bibik heni n bb muaz

kakak nia n meen



meen yg suka merempit

Tips Cinta Suami Isteri

Sekadar berkongsi maklumat n info...InsyaAllah sama2lah kita amalkan.

Tips cinta suami isteri

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum
berpisah ke tempat kerja masing-masing.


2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan
luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan
ciuman dibibir.


3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk
menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar
untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.


4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you
sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan
perbualan di telefon dan sebelum tidur
.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari
bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada
hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari
selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan
memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.


7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari
isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,
jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah
lagi berhari-hari.


9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran
mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang
penting anda berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah
berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu
amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.


11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa
bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan
serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman bekas suami


13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau
kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.


14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah
sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang
membolehkan anda ketawa bersama.


15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti
susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja
keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta
untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.


17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan
berbincang bersama untuk menyelesaikannya.


18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri
yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif
akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan
sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


Selamat mencuba bagi yg x pernah praktik kan tu..kalau yg dah mmg sedang praktik kan tu teruskan dan semoga ikatan suami isteri akan lebih manis lagi...insyallah...kekal bahagia ke usia tua... Yang baik jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan.


Wallahua'lam

Isteri2 sentiasa dara

Tips untuk diamalkan oleh isteri-isteri

Dr Fatimah Az Zahra menurunkan petua untuk ibu2 n isteri2 sentiasa jadi macam abqaro menurut ayat di dalam surah Al Waqiah.
Abqaro bermaksud parawan yang sentiasa menjadi perawan.Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Selepas solat Isyak,ambil segelas air,baca surah Al Fatihah sekali,ayatul Qursi sekali dan sural Al Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.Tiupkan dalam air dan minum.Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38

56.35 -Sesunnguhnya kami telah menciptakan isteri2 mereka dengan ciptaan istimewa.

56.36-Serta kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh)

56.37-Yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya umurnya

56.38-Semuanya itu disediakan bagi puak kanan



Semoga kita bersama2 mendapat manfaat dari Nya..InsyaAllah..
Sebarkan kepada semua wanita .

XTVT TIME WEEKEND

ari jumaat,raser buhsan jer duk umah....hubby asyik kejer jer...last2 angkut semer budak2 n bibik g main air pantai....dekat maghrib baru balik..syiok wooo.....


muaz isi minyak



kakak n meen

muaz n me..kecik lagi..tengok jer la kakak2 main


muaz n air liurnya yg sentiasa meleleh

Sunday, June 14, 2009

hapdet!!!!!!

lamanya tak coret hape2 dlm blog...etcelli xde idea laa.....i'm not so creative in writing.....huhuhu.....kena amek kursus creative writing kot nya ni.....jelesnya aku baca blog org lain...dianugerahkan bakat untuk menulis...tapi aku??bakat untuk pot pet pot pet jer kot....nanti2 ah cr idea lg nat tulis ape.......

Thursday, April 23, 2009

Tabiat Yahudi

Jauhilah kita tabiat kaum Yahudi...Nauzubillah...

~ Pertanyaan dan permintaan mereka adalah digerakkan oleh perasaan ego dan sombong terhadap nabi-nabi.
~ Membangkang dan menolak perintah Allah dan nabiNya.
~ Malas dan memberontak serta bijak mencipta alasan.
~ Banyak bercakap dan suka membesarkan apa yang berlaku.
~ Ujian Allah yang banyak mengenai mereka supaya tiada alasan dan hujah lagi bagi mereka.
~ Beranggapan bahawa mereka lebih layak untuk berkuasa lantaran sifat sombong dan suka memperlekehkan orang lain.
~ Beranggapan kemewahan harta benda sebagai neraca pertimbangan bagi kelayakan menjadi pemimpin.
~ Menjadikan peperangan di jalan Allah sebagai landasan untuk mendapat keuntungan diri.
~ Selalu meminta-minta petanda dan pembuktian dengan hanya dengan tujuan persendaan.
~ Tidak boleh menerima sifat keilmuan dan kekuatan ( kemampuan ) sebagai faktor pemilihan ketua.
~ Justeru, mereka menggalakan cara hidup yang jahil, malas dan pasif.
~ Payah untuk beriman dalam banyak hal lantaran sifat nifaq dan tidak jujur.

Keutamaan membaca Al Baqarah

Sama2lah kita amalkan......

Hadis :

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: " Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah." Riwayat Muslim

Huraian :
Rumah adalah sebahagian daripada kesempurnaan nikmat pemberian Allah SWT kepada manusia. Rumah menjadi tempat tinggal, tempat berehat dan banyak lagi manfaat lain yang boleh diperoleh daripadanya. Itulah yang dikatakan Ibnu Katsir ketika mentafsirkan surat An Nahl ayat 80 "Dan Allah menjadikan bagi mu rumah-rumah mu sebagai tempat tinggal". Justeru mereka yang dikurniakan kemampuan memiliki rumah sendiri tidak kira besar mahupun kecil perlu mensyukurinya.

Islam mengajarkan kita tata cara tertentu dalam mendirikan rumah atau menduduki rumah baru iaitu membanyakkan membaca surat Al Baqarah dari ayat pertama sehingga ayat terakhir. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Bacalah surat al- Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah" Surah al-Baqarah menceritakan asal usul kejadian manusia, serta asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan. Hakikat inilah yang melemahkan syaitan apabila kita membaca surah tersebut. Ia mendedahkan kelemahan mereka dan kehormatan kita yang dilantik oleh Allah SWT sebagai khalifah di dunia. Dengan membacakan surah al-Baqarah suasana rumah akan menjadi lebih tenang dan akan dijauhi daripada gangguan syaitan. Jangan pula ketika memasuki rumah baru kita membawa masuk segala perkara baru yang bercanggah dengan agama seperti mengamalkan perkara khurafat dan ritual-ritual seperti memanggil dukun dan paranormal agar rumah terhindar daripada gangguan syaitan atau perkara-perkara ghaib. Semua ini jelas merupakan perbuatan syirik dan mengundang kemurkaan Allah! Ketika di rumah sama ada rumah baru atau yang sudah lama didiami jangan sekali-kali kita melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang syaitan untuk masuk dan tinggal di dalamnya seperti membawa masuk perkara-perkara haram dan maksiat, menyimpan patung berhala dan sebagainya. Mahukah kita mendiami rumah bersama-sama syaitan? Ketahuilah bahawa syaitan sekali-kali tidak akan pernah berhenti berusaha untuk memasuki rumah orang-orang yang beriman dengan tujuan untuk menyesatkannya.

5 kunci rahsia

Hadis :
Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda "Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)

Huraian :
Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan. Firman Allah yang bermaksud "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)Wallahualam

Tazkirah:Pelunasan hak di Padang Mahsyar


Renungan bersama.....

Hadis :
Daripada Abu Hurairah r.a katanya: "Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud quot;Sesungguhnya sebarang hak tak dapat tidak mesti dibayar kepada tuannya sehingga kambing biri-biri yang dogol (tidak bertanduk) diberikan peluang membalas kambing biri-biri yang bertanduk" 'iaitu menanduknya' mengikut satu riwayat." Muslim dan at-Tirmidzi

Huraian :
1.Beriman kepada Hari Kiamat adalah antara perkara yang
termasuk di dalam rukun Iman dan wajib diyakini sepenuhnya oleh setiap Muslim.

2.Perbicaraan yang berlaku pada hari kiamat adalah menyentuh
tentang semua aspek kehidupan makhluk semasa di dunia termasuk perkara-perkara berkenaan hak yang meliputi:

i. Perkara yang bersabit dengan perlakuan jenayah ke atas nyawa dan tubuh badan seperti bunuh-membunuh, tikam-
menikam, pukul memukul, siksa menyiksa dan sebagainya.

ii. Perkara yang bersabit dengan perlakuan jenayah yang
mencemar kehormatan diri dan maruah seseorang seperti caci
mencaci, memaki hamun, mengumpat, tuduh-menuduh dan
sebagainya.

iii. Perkara yang bersabit dengan harta benda seperti mencuri,
merompak, menipu, hutang-piutang dan seumpamanya.

3.Oleh itu bagi sesiapa yang mempunyai kesalahan-kesalahan yang disebutkan akan menerima pembalasan yang seadilnya daripada Allah SWT. Antara balasannya adalah:

i. Menerima balasan daripada makhluk yang diperlakukan jenayah
terhadapnya.

ii. Memberikan amal kebajikan kepada orang yang dianiayakan
untuk membayar hutang orang yang dihutanginya atau memberi
gantirugi dan sekiranya tiada lagi saki baki amalan yang tinggal untuk diberikan maka seseorang itu akan terpaksa menanggung hutang kesalahan orang yang dikhianati itu.

iii. Dimasukkan ke dalam neraka Jahannam.

4.Sebagai mukmin yang beriman kita hendaklah sentiasa berwaspada dalam setiap tindak tanduk di dunia dan sentiasa bermuhasabah, bertaubat memohon keampunan agar apabila meninggal kelak kita tidak termasuk di kalangan orang yang rugi.



Wednesday, April 22, 2009

si miskin & rumput

Seorang kaya bersiar siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak laa dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput…

Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ?

Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar.

Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?

Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap.

Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.

Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ?

Org Kaya : Boleh. Lagi ramai lagi bagus !

Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni ?

Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye!

Lamin yang bakhil.....ish..ish...ish...

Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.

Tok Penghulu: Selamat pagi En. Lamin.

En Lamin: Selamat pagi, ada apa Tok .. pagi-pagi datang ke mari... .?

Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya En. Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. En. Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masaalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil.. bagi kemajuan kampung ini.

En Lamin: Aduh tok adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?

Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu... saya tak tau plak..

En Lamin: Apa Tok tau juga kalau saudara saya itu seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perawatan?

Tok Penghulu: Kalau begitu.. saya minta maaf.
(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah)

En Lamin: Apa tok juga tau kalau suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anak nya tanpa harta dan warisan?

Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).

En Lamin: Jadi,... pendek kata... mereka ajer tak pernah saya bagi sumbangan pun. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.

1 kaki..lawak yang 18sx..kuikui

rosli berkerja sebagai tentera... nk di jadikan cerita beliau akn di hantar ke namibia tuk jd pasukan pengaman di sane selame beberape bulan... .

alangkah hibanya hati si wati bila rosli mberitahu pada buah hatinya tu yg dia akn kesane,..tuk membuktikan yang cinta rosli ni kuat pada wati di suruhnya makpaknya gi la meminang wati... sebolm dia gi ni ke nabibia tu..

la hari yang di tiba2 dorg pn bertunang la ... ..

rosli pn bersiap la segale persiapan yang mane dia nk bwak tuk ke namibia tu nanti... baju la sua la belambak gak la yang dia bawak... ..

hari yang rosli nk gi tu wat i hanta la rosli n sume la fmly dia... .

semase di bertugas di bersama anggota lain telah melakukan rondaan nk dijadikan crita malang la bg rosli di terpijak periuk api... dokter mnyatakan pada kapten kaki rosli terpakse di potong ... .setelah di potong
unit rosli telah mnyerahkan satu kaki palsu padanya tuk menjalan kan tugas... ... ..

mase tuk pulang ke tahan air membuak2 dlm ati rosli ner x nya dia akan kawen bile balik nanti..rindunya pada wati mmg dax thn lg...


rosli pn pulang la ke tanah air disambut la ngn fmly n wati tidak ketinggalan... so ngn rela hati kawen la dorg tu bile jnji da di kota kan... ...

malam tu masuk la k2-2 mempelai tuk sambut malam pertama dorg... seperti biase rosli cabut la kaki palsu nya tu sbb nk tidor...
wati yang terkejutmelihat kaki suaminya can tu terus menjerit2 keluar dari bilik sambil memanggil maknya...


"mak mak abng roslinyer 1 kaki"... sambil tersemyum mak wati pn ckp.. "la elok la tu bapak kamu nyer dl pn kecik jer... ..ni kamu dapat yg 1kaki kira ok la tu ... ... ... ... ... . "


Saturday, April 11, 2009

rindu.....

aahhh!!!!

rindunya nak kije balik....lambatnya 4/5 tiba.....rindu ngan kerja,rindu ngan kawan2,ngan kafe....ntah2 dah tak ingat nak wak kije camana...lama ngat cuti ni....
time PPA minggu lepas,superior siap datang umah lagi suh sign appraisal...dah la performance besa2 jer.....tak excellence langsung....bila la aku nak dpt rating 2 ni??boring dah asyik2 duk sign rating 3 jer tiap tahun...ala bos..mentang2 la aku pompuan sorang takkan nak diskriminasi gak kot...sian kat aku..bila nak rasa duit performance ni???
cit!!yatie...yatie...msk dah la selalu lambat...balik selalu sharp2....kije selalu mengular..ada hati nak rating 2???rating 3 pun kira nasib baik...kalau bos bg rating 4??tak naya??increment n bonus kena sekat???nauzubillah.....
takper....azam aku lepas masuk kije ni,nak ubah perangai...kijer betul2 smpai bos pun terkucil tengok aku....InsyaAllah....

balik k trg

ahhh!!!

semalam balik k trg,baby muaz tak renti2 menangis....2 jam gak ah tak tahu nak buat aper.....tok ma n tok ki bak pun dah naik pening......
betulla agaknya orang ckp,baby jgn bawak kuar jalan2 waktu maghrib kalau belum cukup 40 ari..tapi nak wat camner dah abahnyer nak balik waktu tu...ikut jer ah madam yg poyo nih....
agak2 bila dah letih,tetiba jer muaz senyap n terus tido smpai la ke pagi...
fuhh!!!letih rasa tangan duk bergilir ngan si bibik....abahnyer takkan buat tak tahu jer time baby nangis ni???abah...abah...