Thursday, April 23, 2009

Tazkirah:Pelunasan hak di Padang Mahsyar


Renungan bersama.....

Hadis :
Daripada Abu Hurairah r.a katanya: "Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud quot;Sesungguhnya sebarang hak tak dapat tidak mesti dibayar kepada tuannya sehingga kambing biri-biri yang dogol (tidak bertanduk) diberikan peluang membalas kambing biri-biri yang bertanduk" 'iaitu menanduknya' mengikut satu riwayat." Muslim dan at-Tirmidzi

Huraian :
1.Beriman kepada Hari Kiamat adalah antara perkara yang
termasuk di dalam rukun Iman dan wajib diyakini sepenuhnya oleh setiap Muslim.

2.Perbicaraan yang berlaku pada hari kiamat adalah menyentuh
tentang semua aspek kehidupan makhluk semasa di dunia termasuk perkara-perkara berkenaan hak yang meliputi:

i. Perkara yang bersabit dengan perlakuan jenayah ke atas nyawa dan tubuh badan seperti bunuh-membunuh, tikam-
menikam, pukul memukul, siksa menyiksa dan sebagainya.

ii. Perkara yang bersabit dengan perlakuan jenayah yang
mencemar kehormatan diri dan maruah seseorang seperti caci
mencaci, memaki hamun, mengumpat, tuduh-menuduh dan
sebagainya.

iii. Perkara yang bersabit dengan harta benda seperti mencuri,
merompak, menipu, hutang-piutang dan seumpamanya.

3.Oleh itu bagi sesiapa yang mempunyai kesalahan-kesalahan yang disebutkan akan menerima pembalasan yang seadilnya daripada Allah SWT. Antara balasannya adalah:

i. Menerima balasan daripada makhluk yang diperlakukan jenayah
terhadapnya.

ii. Memberikan amal kebajikan kepada orang yang dianiayakan
untuk membayar hutang orang yang dihutanginya atau memberi
gantirugi dan sekiranya tiada lagi saki baki amalan yang tinggal untuk diberikan maka seseorang itu akan terpaksa menanggung hutang kesalahan orang yang dikhianati itu.

iii. Dimasukkan ke dalam neraka Jahannam.

4.Sebagai mukmin yang beriman kita hendaklah sentiasa berwaspada dalam setiap tindak tanduk di dunia dan sentiasa bermuhasabah, bertaubat memohon keampunan agar apabila meninggal kelak kita tidak termasuk di kalangan orang yang rugi.



No comments:

Post a Comment