Saturday, July 4, 2009

Tips Cinta Suami Isteri

Sekadar berkongsi maklumat n info...InsyaAllah sama2lah kita amalkan.

Tips cinta suami isteri

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum
berpisah ke tempat kerja masing-masing.


2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan
luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan
ciuman dibibir.


3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk
menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar
untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.


4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you
sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan
perbualan di telefon dan sebelum tidur
.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari
bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada
hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari
selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan
memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.


7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari
isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,
jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah
lagi berhari-hari.


9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran
mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang
penting anda berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah
berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu
amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.


11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa
bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan
serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman bekas suami


13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau
kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.


14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah
sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang
membolehkan anda ketawa bersama.


15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti
susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja
keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta
untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.


17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan
berbincang bersama untuk menyelesaikannya.


18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri
yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif
akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan
sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


Selamat mencuba bagi yg x pernah praktik kan tu..kalau yg dah mmg sedang praktik kan tu teruskan dan semoga ikatan suami isteri akan lebih manis lagi...insyallah...kekal bahagia ke usia tua... Yang baik jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan.


Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment